Sunday, 21 April 2013

Sistem Imperial

Waktu aku mula sekolah dulu, memang tak pernah pakai sistem metrik atau sistem internationale yang orang pakai sekarang. Yang semua orang pakai sistem imperial iaitu sistem yang direka oleh orang-orang Inggeris. Sistem Metrik dicipta oleh orang Perancis pulak. Sistem Perancis senang nak dihafal sebab banyak guna sukatan dalam gandaan 10 atau 100. Contohnya dalam sukatan jarak
100 cm = 1 meter
1000 meter = 1 Kilometer
Bagi sukatan berat
1000 miligram = 1 gram
1000 gram = 1 kilogram
1000 kilogram = 1 metric tonne
Kalau nak kira luas kawasan pula
1 Hectare = 10,000 meter persegi
1 Km persegi = 100 Hectare
Sistem metrik digunakan hampir diseluruh dunia manakalal Sistem imperial masih digunakan di Amerika Syarikat hingga sekarang. Dalam cabang kejuruteraan Aeroangkasa/Aeronautikal sistem Imperial banyak diguna pakai hingga hari ini. Mungkin ini disebabkan kedua-dua bidang ini dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Tidak seperti Sistem Metrik, unit-unit didalam Sistem Imperial agak sukar dihafal bagi yang belum pernah menggunakannya. Contohnya dalan sukatan jarak
1 kaki = 12 inci
1 ela = 3 kaki
1 rantai = 22 ela
1 batu = 80 rantai = 5280 kaki
Bagi sukatan berat
1 pound (lb) = 16 ounce
1 tonne = 2240 pound (lbs)
Kalau nak kira luas pula
1 ekar = 10 rantai persegi = 43560 kaki persegi

Selain sistem imperial kami kena juga mahir dalam unit unit yang datang dari negeri Jepun dan China. Contohnya dalam sukatan berat, ada unit kati (Jepun) dan unit kati (China)

1 kati (Jepun) = 600 gram
1 kati (China) = 500 gram
1 carat  = 0.2 gram
 dan unit yang unik di Malaysia contohnya
1 relung = 30976 kaki persegi

Memang pening, tapi banyak gunanya

No comments:

Post a Comment