Friday, 3 June 2011

Short Cut

Siapa tak suka short cut. Ia memudahkan hidup kita. Kita suka short cut untuk pelbagai sebab. Nak jimat masa, dan malas mungkin adalah sebab utama. Zaman sekarang kita boleh tengok penggemar short cut ni dah bertambah-tambah tanpa mengira situasi dan mengambil kira akibatnya.
Yang bawa kereta suka pakai lorong kecemasan bila jam sebagai "short cut" untuk lari dari kesesakan lalu lintas. Nasib tak baik langgar lori rosak atau disaman polis. Paling tidak kena maki oleh pengguna jalan raya yang taat patuh pada undang-undang.
Yang beratur beli barang akan potong queue. Macamlah dia seorang yang ada hal penting.
Yang gemuk akan beli produk kuruskan badan yang tak diketahui selamat sebagai short cut kepada cara bersenam dan diet yang betul
Yang malas belajar, tiru homework rakan belajar dan belajar jawab soalan lepas yang dijangka favorite untuk keluar periksa. Nasib baik soalan yang dijangka keluar, tapi kalau dapat A pun adakah benar-benar faham subjek secara menyeluruh. Aarggh persetankanlah faham janji boleh cemerlang SPM dan masuk university. Atau kalau pelajar tersebut seorang siswa matlamatnya asal graduate. Hmm malang sungguh negara bila siswa siswi harapan bangsa begini sikapnya.
Bila ilmu tak mantap di dunia kerjaya akan ada short cut lagi. Yang ini pula untuk berjaya naik tangga jabatan/korporat. Short cut nya bodek boss, hijack kredit. Kerja orang lain mengaku kerja sendiri. Tak menganiaya ker tu. Arrgh apa kisah janji gaji naik, bonus dapat. 
Selalu yang suka short cut ni orang malas. Kalau gagal naik pangkat dengan jalan pintas, tak bermakna keinginan material terpadam. Masih nak rumah besar, kereta mewah dan berpakaian ranggi. Jadi nak kaya mula lah cari short cut kepada kerja keras. Mungkin bila ada peluang makan rasuah, gelap wang syarikat, tipu sebutharga dan macam-macam lagi. 
Kalau yang tak suka cara jahat akan masuk skim cepat kaya, tapi ternyata short cut untuk menjadi kaya selalunnya short cut untuk meghabiskan wang.
Kalau nak cakap pasal short cut ni memang tak ada short cut untuk memendekkan ceritanya. Cuma ingat satu tak ada yang percuma dalam hidup. Jalan pintas hari ini mungkin akan jadi jalan jauh satu hari nanti

No comments:

Post a Comment