Aku dah kerja dengan beberapa syarikat swasta semenjak aku lulus university 20 tahun lalu. Sebagai lulusan engineering aku lebih senang bekerja dalam bidang teknikal selagi gaji yang aku dapat cukup untuk menyara keluarga dan boleh menabung untuk masa depan. Aku tak berapa kisah mengenai pangkat walaupun kalau dapat title VP, EVP, COO, CTO dsb kira okey sangat. Janji otak aku jalan, baca teknikal jurnal aku faham, aku akan rasa hidup. Tapi bukan makna aku tak ada cita-cita untuk jadi big boss, cuma bukan priority aku.
Tapi semenjak dua menjak ni aku mula terfikir bila aku dapat boss boss yang pemalas dan tak tahu apa-apa aku mula terfikir macam mana orang dapat jadi boss. Aku nampak beberapa perkara
- kepakaran dalam bidang tertentu bukanlah satu jaminan untuk naik tangga korporat. Tetapi siapa yang kau tahu dan rapat
- kena pandai cakap dan buat janji. Kalau tak boleh tepati janji salahkan orang lain. Macam-macam boleh dijanjikan lebih-lebih lagi jika yang berjanji tu bukan yang kerja macam lembu
- tak perlu jadi pakar atau arif dalam bidang tertentu, orang macam ini yakinkan boss besar yang dia terlibat secara aktif dan hijack kredit dari orang lain, muka dia memang tebal. Maruah tak penting cuma gaji besar yang penting pada orang macam ni
- Boss besar memang suka kena bodek mungkin sesetengah boss sendiri pun naik atas sebab bodek dan jadi yes man dulu
- company (mungkin secara tak sedar) memang suka naikkan yang tak berapa bijak sebelum yang kurang arif ni merosakkan projek, lagi pun kalau yang tak berapa cerdik ni buat silap yang cerdik-cerdik kat bawah akan sentiasa ada idea untuk membetulkan keadaan
Walaubagaimanapun memang aku juga pernah jumpa ramai orang yang bijak menjadi ketua jabatan dan disegani oleh orang-orang bawahannya. Cuma aku rasa apa yang aku perkatakan di atas macam dah jadi satu trend terutamanya di syarikat-syarikat orang Melayu
No comments:
Post a Comment