Sunday 21 April 2013

Sistem Imperial

Waktu aku mula sekolah dulu, memang tak pernah pakai sistem metrik atau sistem internationale yang orang pakai sekarang. Yang semua orang pakai sistem imperial iaitu sistem yang direka oleh orang-orang Inggeris. Sistem Metrik dicipta oleh orang Perancis pulak. Sistem Perancis senang nak dihafal sebab banyak guna sukatan dalam gandaan 10 atau 100. Contohnya dalam sukatan jarak
100 cm = 1 meter
1000 meter = 1 Kilometer
Bagi sukatan berat
1000 miligram = 1 gram
1000 gram = 1 kilogram
1000 kilogram = 1 metric tonne
Kalau nak kira luas kawasan pula
1 Hectare = 10,000 meter persegi
1 Km persegi = 100 Hectare
Sistem metrik digunakan hampir diseluruh dunia manakalal Sistem imperial masih digunakan di Amerika Syarikat hingga sekarang. Dalam cabang kejuruteraan Aeroangkasa/Aeronautikal sistem Imperial banyak diguna pakai hingga hari ini. Mungkin ini disebabkan kedua-dua bidang ini dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Tidak seperti Sistem Metrik, unit-unit didalam Sistem Imperial agak sukar dihafal bagi yang belum pernah menggunakannya. Contohnya dalan sukatan jarak
1 kaki = 12 inci
1 ela = 3 kaki
1 rantai = 22 ela
1 batu = 80 rantai = 5280 kaki
Bagi sukatan berat
1 pound (lb) = 16 ounce
1 tonne = 2240 pound (lbs)
Kalau nak kira luas pula
1 ekar = 10 rantai persegi = 43560 kaki persegi

Selain sistem imperial kami kena juga mahir dalam unit unit yang datang dari negeri Jepun dan China. Contohnya dalam sukatan berat, ada unit kati (Jepun) dan unit kati (China)

1 kati (Jepun) = 600 gram
1 kati (China) = 500 gram
1 carat  = 0.2 gram
 dan unit yang unik di Malaysia contohnya
1 relung = 30976 kaki persegi

Memang pening, tapi banyak gunanya

Tuesday 11 December 2012

Fanatik politik

Aku hairan dengan sikap penyokong parti politk berbangsa Melayu. Terlalu fanatik. Kekadang tu kalau ada pemimpin idola mereka buat benda tak patut cepat cepat aje penyokong tegar ni tolong spin alasan. Kononnya taktik lah, maksud lain lah. Aku okey aje kalau tak menyentuh bab agama. Tapi kalau dah menyentuh hal agama terutamanya hal berkait iktikad bagi aku tak kira lah apa alasan yg diberi si politikus. Pada aku yg penting kita ingat tujuan kita dijadikan adalah untuk menyembah Allah yakni mencari keredhaan nya. Bukan mencari keredhaan makhluk walau apa tujuan, taktik dan strategi jangka panjang.
Kita pun kalau dah sokong mana mana ahli politk mahu ingat dia orang bukan rasul Allah, berbaloikah mempertahan kan dia orang nih. Wajarkan kita memperjudikan akhirat kita untuk ahli politik ni (UMNO ke, PAS ke PKR ke, DAP ke dll). Kalau ahli politik kita tu betul kita sokong kalau dia salah kita sanggah dan tegur. Org Melayu memang suka taksub sebab tu politkus Melayu suka salah guna kuasa mereka sebab kalau dia org kantoi penyokong tegar akan menghalalkan cara mereka. Di akhirat akan ada org yg disanjung ramai tapi manusia teperanjat bila dia ni rupanya akan dihumban ke neraka. So as Muslim ingat Allah dan rasul no 1. Politkus boleh claim apa saja tapi Allah jua yg tahu hati mereka. So kalau sokong tu janganlah fanatik ye. 
Ini bukan hal berdiri atas pagar, ini hal mentaati Allah. Mentaati Allah itu keutamaan ya, bukan demokrasi keutamaannya. Plato bapa demokrasi pun dah bilang dalam sistem demokrasi ada kecacatannya. Si bodoh pun boleh mengundi, dan dalam satu populasi yang bodoh lebih ramai dari yang cerdik. Macam mana nak jadi cerdik ni, Senang aje belajar lah agama, baca Quran dan hadis. Ada apa hal rujuk Quran dan hadis. Dalam Quran dah dibilang Allah yang Al Quran tu mudah untuk kita so kalau bila nak rujuk Quran ada bisikan cakap susah, syaitan lah yang berbisik tu. Tapi janganlah tafsir ikut hawa nafsu nanti jadi macam sesetengah politikus lak. Dan jangan taklid kat ulama parti aje (tak kiralah parti UMNO ke PAS). Mati nanti kalau kita bagi alasan kita buat keputusan bersandarkan nasihat ulama politik tak lepas kita dengan Allah. Nak tafsir Quran kena rujuk Quran dan hadis, bukan pendapat manusia biasa semata. 
Ulama parti politik pulak janganlah senyap kalau ahli politik ko cakap benda salah atau kalau parti rakan Cina kita kutuk Islam. Senyap kita tu boleh menyebabkan rakyat marhain sesat. Celakalah ulama kalau ko senyap takut Cina tak undi parti ko.
Nukilan ini aku tujukan ke semua orang Islam kat Malaya tak kira UMNO ke, PAS ke, PKR ke. Kalian ingat tujuan kalian di bumi ni. Pemimpin parti kita boleh bilang apa saja sebab lidah tak bertulang tapi hanya Allah jer yang tahu isi hati mereka. Jadi sebelum mengundi bangun tengah malam solat istikharah dan buat solat hajat minta tuhan bagi yang terbaik untuk Malaya. Kalau tak dapat apa kita minta Allah tahu yang terbaik. Bangun jangan tak bangun, tak kan tak boleh kot, bangun tengok English FA boleh. Malulah dengan Allah yang bagi rezeki kat kita sampai boleh pasang Astro kat rumah

Friday 3 June 2011

Pesawat Amaran Awal Udara

Terbaca di akhbar pagi tadi yang negara akan membeli pesawat amaran awal udara (AEW). Tertanya-tanya yang mana akan dibeli oleh kerajaan. Buat masa sekarang  AEW yang telah terbukti berkesan adalah


Dari Brazil
Dari China
Dari India
Dari Iran
Dari Israel (Tak mungkin kita beli)
Dari Russia (bermasalah untuk selenggaraan)
Dari Sweden
Dari United Kingdom
Dari United States
Berapa buah agaknya dan berapa kos yang akan diberitahu kepada rakyat. Harapnya tak adalah syarikat musang berbulu ayam yang dapat kontrak menyelenggarakan pesawat ini nanti

Short Cut

Siapa tak suka short cut. Ia memudahkan hidup kita. Kita suka short cut untuk pelbagai sebab. Nak jimat masa, dan malas mungkin adalah sebab utama. Zaman sekarang kita boleh tengok penggemar short cut ni dah bertambah-tambah tanpa mengira situasi dan mengambil kira akibatnya.
Yang bawa kereta suka pakai lorong kecemasan bila jam sebagai "short cut" untuk lari dari kesesakan lalu lintas. Nasib tak baik langgar lori rosak atau disaman polis. Paling tidak kena maki oleh pengguna jalan raya yang taat patuh pada undang-undang.
Yang beratur beli barang akan potong queue. Macamlah dia seorang yang ada hal penting.
Yang gemuk akan beli produk kuruskan badan yang tak diketahui selamat sebagai short cut kepada cara bersenam dan diet yang betul
Yang malas belajar, tiru homework rakan belajar dan belajar jawab soalan lepas yang dijangka favorite untuk keluar periksa. Nasib baik soalan yang dijangka keluar, tapi kalau dapat A pun adakah benar-benar faham subjek secara menyeluruh. Aarggh persetankanlah faham janji boleh cemerlang SPM dan masuk university. Atau kalau pelajar tersebut seorang siswa matlamatnya asal graduate. Hmm malang sungguh negara bila siswa siswi harapan bangsa begini sikapnya.
Bila ilmu tak mantap di dunia kerjaya akan ada short cut lagi. Yang ini pula untuk berjaya naik tangga jabatan/korporat. Short cut nya bodek boss, hijack kredit. Kerja orang lain mengaku kerja sendiri. Tak menganiaya ker tu. Arrgh apa kisah janji gaji naik, bonus dapat. 
Selalu yang suka short cut ni orang malas. Kalau gagal naik pangkat dengan jalan pintas, tak bermakna keinginan material terpadam. Masih nak rumah besar, kereta mewah dan berpakaian ranggi. Jadi nak kaya mula lah cari short cut kepada kerja keras. Mungkin bila ada peluang makan rasuah, gelap wang syarikat, tipu sebutharga dan macam-macam lagi. 
Kalau yang tak suka cara jahat akan masuk skim cepat kaya, tapi ternyata short cut untuk menjadi kaya selalunnya short cut untuk meghabiskan wang.
Kalau nak cakap pasal short cut ni memang tak ada short cut untuk memendekkan ceritanya. Cuma ingat satu tak ada yang percuma dalam hidup. Jalan pintas hari ini mungkin akan jadi jalan jauh satu hari nanti

Wednesday 9 March 2011

Perihal Harga Alatan Pertahanan Tempatan

Terbaca bahawa Deftech dapat kontrak untuk membekalkan 257 unit kereta perisai (APC) ke ATM pada harga RM7.5 billion. Lepas congak harga sebuah APC ni hampir RM30 juta. Wow mahalnya, ini bukan main battletank. Harga sebuah Abram M1 MBT, iaitu sebuat main battle tank pula USD6.21 juta. Abram M1 ialah sebuah kereta kebal utama yang telah terbukti keupayaaannya dan dilengkapi dengan perlatan elektronik dan persenjataan yang maju; antara yang terbaik buat masa ini. Tapi harganya jauh lebih rendah dari APC Deftech yang berfungsi sebagai kenderaan pengangkut personnel berperisai. Macam mana boleh jadi macam ini?
Tengok pula sebuah kenderaan Command and Control jenis M4C2V. Dengan perisai , dan dilengkapi peralatan elektronik yang canggih harganya USD806,000.
Dulu kita dikejutkan dengan berita yang MiG29 akan di decommissioned atas sebab kos penyelenggaraan yang mahal. Lepas tu ada berita diakhbar rupa-rupanya kos mahal itu adalah disebabkan kontraktor tempatan ambil untung berlipat kali ganda. Lepas tu isu kita bayar USD1 billion tapi dapat 18 Su30MKM sedangkan India dapat 48 buah dengan peralatan yang sama pada harga yang sama. Baru-baru ini kapal OPV harga RM1billion sebuah, ini bukan frigat atau corvet cuma sekadar OPV.
Kalau nak kaya cepat, syarikat bumiputera kenalah patriotik sikit. Ingat pesan Dr Mahathir dalam "Malay Dilemma".
Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/M1_Abrams
http://www.globalsecurity.org/military/systems/ground/c2v.htm

Monday 7 March 2011

Perihal Naik Pangkat

Aku dah kerja dengan beberapa syarikat swasta semenjak aku lulus university 20 tahun lalu. Sebagai lulusan engineering aku lebih senang bekerja dalam bidang teknikal selagi gaji yang aku dapat cukup untuk menyara keluarga dan boleh menabung untuk masa depan. Aku tak berapa kisah mengenai pangkat walaupun kalau dapat title VP, EVP, COO, CTO dsb kira okey sangat. Janji otak aku jalan, baca teknikal jurnal aku faham, aku akan rasa hidup. Tapi bukan makna aku tak ada cita-cita untuk jadi big boss, cuma bukan priority aku. 
Tapi semenjak dua menjak ni aku mula terfikir bila aku dapat boss boss yang pemalas dan tak tahu apa-apa aku mula terfikir macam mana orang dapat jadi boss. Aku nampak beberapa perkara

  1. kepakaran dalam bidang tertentu bukanlah satu jaminan untuk naik tangga korporat. Tetapi siapa yang kau tahu dan rapat
  2. kena pandai cakap dan buat janji. Kalau tak boleh tepati janji salahkan orang lain. Macam-macam boleh dijanjikan lebih-lebih lagi jika yang berjanji tu bukan yang kerja macam lembu
  3. tak perlu jadi pakar atau arif dalam bidang tertentu, orang macam ini yakinkan boss besar yang dia terlibat secara  aktif dan hijack kredit dari orang lain,  muka dia memang tebal. Maruah tak penting cuma gaji besar yang penting pada orang macam ni
  4. Boss besar memang suka kena bodek mungkin sesetengah boss sendiri pun naik atas sebab bodek dan jadi yes man dulu
  5. company (mungkin secara tak sedar) memang suka naikkan yang tak berapa bijak sebelum yang kurang arif ni merosakkan projek, lagi pun kalau yang tak berapa cerdik ni buat silap yang cerdik-cerdik kat bawah akan sentiasa ada idea untuk membetulkan keadaan

Walaubagaimanapun memang aku juga pernah jumpa ramai orang yang bijak menjadi ketua jabatan dan disegani oleh orang-orang bawahannya. Cuma aku rasa apa yang aku perkatakan di atas macam dah jadi satu trend terutamanya di syarikat-syarikat orang Melayu

Monday 21 February 2011

TGNA dan ZN dan Surah Abasa

Dari Utusan Malaysia :

Nik Aziz tolak saranan Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak saranan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang memintanya merujuk Surah Abasa berhubung kerjasama antara Islam dengan bukan Islam.
Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya menyifatkan Zulkifli sebagai seorang pengkhianat dan tidak layak memintanya berbuat demikian.
"Kalau saranan itu daripada orang lain, saya mungkin boleh terima tetapi bukan Zulkifli yang hanya pandai membuat kacau-bilau termasuklah kepada kawasannya. Dia juga khianat kepada saya.
"Oleh itu, dia bukanlah Yang Berhormat kerana mengikut pepatah Mesir, orang seperti Zulkifli itu mempunyai ulat dalam otaknya," katanya pada sidang akhbar di Rumah Sri Kelantan di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah tersebut terlebih dahulu yang meminta supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain dalam kerjasama.
Nik Abdul Aziz berkata, saranan Zulkifli itu boleh menjejaskan sokongan bukan Islam terhadap perjuangan Pas selama ini.
"Saya bimbang sokongan bukan Islam terhadap Pas akan merosot apatah lagi kami kini mempunyai kelab penyokong daripada mereka.
"Kenyataan sebenar saya adalah orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana mereka merupakan bangsa terawal di Tanah Melayu yang menerima Islam," katanya.
Mengulas kemungkinan Pas akan mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bulan depan, beliau berkata:
"Saya meminta orang Melayu sokong pembangkang kerana dalamnya ada Pas yang berjuang untuk Islam.
"Jika Pas hilang sokongan orang Melayu, ini adalah kerana UMNO yang menyalahgunakan demokrasi," katanya.
Menurutnya, pembangkang hanya berpeluang mengadakan kempen sewaktu pilihan raya sedangkan UMNO mendominasi media setiap hari dan tindakan itu tidak adil.
"UMNO salah dunia dan akhirat kerana mereka menyalahgunakan demokrasi dan tidak mustahil apa yang menimpa Mesir akan berlaku di Malaysia ekoran perbuatan UMNO ," katanya.

Saya bukanlah seorang ulama besar seperti TGNA cuma saya agak hairan
  1. Bukankah anjuran untuk kembali kepada al-Quran patut disahut tanpa mengira siapa yang menganjurkannya
  2. Bagaimana kalau seorang kafir suruh kita solat tentu sekali kita tak boleh cakap lu sendiri tak solat sebab memang apa yang dianjurkan memang perkara hak. Marah mungkin tapi hak tetap hak
  3. Saya harap Utusan tersalah lapor hal ini kerana TGNA banyak pengikutnya. Susah kalau bila ada yang menyeru ke yang hak, kena serasi parti dulu baru nak diakui yang hak itu hak